Hidup Berdikari :)
aku berharap masa depan menjadi milikku :)
Alhamdulillah . dyra telah pun berjaya untuk melangkah ke semester kedua . syukur ke hadrat illahi atas limpah kurnianya . alhamdulillah , result final dyra baik . semoga dyra akan lebih berusaha untuk dapat keputusan yang lebih baik di masa akan datang .
bermulanya , sesi pendaftaran sebagai pelajar semester dua , dyra berharap untuk semester ini dyra akan lebih fokus dalam pelajaran untuk berjaya . Alhamdulillah , dyra untuk semester ini dyra tak perlu carry subjek dan alhamdulillah semua subjek yang dyra ambil pada semester satu semuanya lulus . dyra simpati bagi kawan-kawan dyra yang daripada jabatan-jabatan lain perlu carry subjek .
dyra berharap untuk final semester dua nanti dyra akan buat bersungguh-sungguh . insyaallah .
banyak yang bermain di fikiran ini apabila sudah melangkah ke semester dua . dyra kena hidup berdikari untuk terus hidup tanpa mengharapkan bantuan sesiapa . dyra tinggal di rumah sewa . alhamdulillah . setakat ini tiada masalah yang timbul . semuanya berjalan dengan lancar .
lebih menyeronokkan untuk semester dua ini , kawan dyra daripada POLIMAS , telah pun bertukar ke PSP , dyra lebih gembira sebab mempunyai kawan untuk study sama-sama di rumah sewa nanti . sebab kawan dyra tu pun tinggal satu rumah sewa dengan dyra .
isnin ini , dyra bakal memulakan sesi pembelajaran bagi semester kedua , semoga semuanya bakal berjalan seperti biasa :) insyaallah .
Old things | New things