dikecewakan oleh cinta ? selalu sangat ..
Monday, April 29 | 3:48 pm | 3 comments
Assalamualaikum ..
Apa function gambar dekat atas nie ? dyra pun tak tahu sebenarnya . saja ? buleh tak ? hehe .
okayy , cukup - cukup tengok gambar yang dekat atas . i know i'm not pretty and handsome macam awak-awak semua . Okayy , berbalik pada tajuk , harini dyra nak ceritakan tentang cinta , kecewa , bahagia .
macam korang-korang semua mesti ada girlfriend dan boyfriend kan ? tipu laa kalau kata takde . hehe . macam dyra , im totally single okayy . harini dyra nak cerita tentang pengalaman cinta dyra . mungkin yang tak mahu dengar tu , buleh je tekan home kat buleh je keluar dari blog ni .
tiba-tiba satu hari dia kata kat dyra yang dia kena interview untuk kerja dengan SPA , hanya Allah je tahu betapa sedihnya saat dia menyatakan benda tu kat dyra . dua tiga bulan lepas tu , dengan rezeki tuhan dia dapat kerja tu dan berhenti dari poli . dyra ? sedih sungguh , tak terkata . cuma dyra buat-buat tabah .
dan selepas dia memulakan kerja tu ,kami semakin berjauhan . dia semakin menjauhkan diri dia dari dyra .. dyra rasa perangai dia lain sangat . tak macam yang dyra kenal dulu . dan kami seringkali bergaduh-gaduh . dyra kata kat dia yang perangai dia berubah sangat . dyra sedih .
ending of the story , dia minta break dengan dyra , dia kata dia dah tak sayangkan dyra . Ya Allah , waktu dia cakap benda tu , sedih tak terkata . dia kata dyra patut cari yang lebih baik dari dia . masalahnya kat sini dia tak cukup baik kah untuk dyra ?, dyra tak minta lebih , dyra nak dia sayang dyra , sentiasa ada dengan dyra walaupun dia jauh dari dyra . mungkin tuhan dah tentukan yang dia bukan jodoh dyra , mungkin tuhan nak dyra temukan terus dengan jodoh dyra . cinta yang ada dalam hati dyra ni akan dyra simpan baik-baik untuk jodoh dyra nanti . InsyaAllah . dyra dah penat dikecewakan , bukan sekali dua . dah banyak . walaupun banyak kenangan dyra dengan dia , susah bagi dyra untuk lupakan orang yang dyra sayang ,
kepada awak - awak dekat luar sana . sekiranya awak dah sayang seseorang tu , awak sayanglah sepenuh hati awak , takut nanti awak pulak yang akan dikecewakan , jaga lah hubungan awak bersama orang yang awak sayang . sesungguhnya saya hanya memperingati :)
sekian , terima kasih .