Erti Sahabat
Friday, August 16 | 3:19 pm | 0 comments
Assalamualaikum...
hai semua!!lama tak jumpa . macamlah kita ni pernah jumpa kan ? *muka mulut itik* . hihi . harini post dyra berkenaan dengan erti sahabat . erti sahabat ? apakah ? apakah ? haa . meh sini dyra nak bagitau dan nak story sikit tentang erti sahabat .
sahabat ? seperti dalam lagu Najwa Latif ,*nyanyi* kau ada dikala ku suka dan dikalu ku duka di setiap tangisan dan juga ketawa. okay , sekarang dyra dah nampak awan dok mai berarak mendung disebabkan dyra nyanyi tadi . okay . *lari pecut**malu* . Dalam erti kata lain , sahabat adalah orang yang selalu ada di samping kita dan sentiasa memberikan sokongan kepada kita selain daripada kedua ibu bapa kita. Dalam dunia ini ,susah untuk cari sahabat yang boleh diharapkan ,dipercayai .*ayat skema okay skema*
okay , what the point of the story ? point of the story , kita kena cari sahabat yang boleh terima baik dan buruk kita , sentiasa ada untuk mendengar masalah kita , sentiasa yang boleh dipercayai dan bukannya bersahabat hanya semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri , banyak lah dyra boleh cerita . Dyra pernah jumpa kawan yang hanya memerlukan kita waktu dia susah , waktu dia senang , dia tak pernah tanya khabar pasal kita . Sahabat macam ni lah yang sepatutnya kita hindari , bukannya apa ,takut susah dan penat nak layan kerenah dia nanti . Selain itu ,ada juga sahabat yang talam dua muka , depan kita dia baik , belakang kita . Alahai hanya tuhan je yang tahu . Ada juga yang bersahabat hanya dengan golongan kaya dan popular je , kita yang bersederhana ni dipinggirkan . Dyra ada story pasal bestfriends dyra , dia ni popular dan hot kat kolej dia dan dia juga dari golongan yang berada . Nak dijadikan cerita dia kawan dengan budak-budak kolej dia ,waktu dia senang kawan-kawan dia join sekaki, waktu dia susah ? sorang pun tak muncul , batang hidung pun tak nampak untuk tolong . kawan macam tu memang tak boleh diharapkan . hanya mahu menumpang kesenangan dan kepopularan kawan dyra tu je . Sampah je rasa kawan-kawan dia tu *muka marah* .
Seterusnya , alhamdulillah dyra dikurniakan kawan-kawan yang baik dan sentiasa membantu dyra waktu dyra susah dan senang . dyra berterima kasih dan bersyukur sangat-sangat kepada tuhan sebab mempertemukan kami semua . buat sahabatku , terima kasih sebab sudi terima baik dan buruk dyra . Dyra sayang hampa semua *muah kiri kanan* .
sekian dari saya , dyra fazidi :)