Trip Accounting Student to Putrajaya
Monday, November 4 | 10:57 pm | 0 comments
Assalamualaikum....
Ehem-ehem . Apa khabar readers semua ?*kenyit mata* Sihat ? Alhamdulillah . Hee . Kalau yang tak sihat tu makan la ubat cepat-cepat ye . Nanti melarat sakit tu . Hihi . Okayy . Harinie dyra akan ceritakan mengenai trip kami ke putrajaya . wahh , macam best je kan ? kan ? .Hihi . Mesti lah best . Okayy , let's continue with our story .
sementara tunggu bas , text dengan yang tersayang dulu . Hihi
Untuk pengetahuan awak semua ,kelas dyra ada mengadakan lawatan 2 hari 1 malam ke Putrajaya , sebenarnya trip ini bertujuan untuk melawat Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang ber ibu pejabat di Putrajaya . Kami bertolak menaiki bas pada malamnya , dan keesokannya kami sampai di Putrajaya . Hihi . Bosan je kan dyra cerita bab pengenalan trip ni kan ? Takpayah tahu banyak-banyak pengenalan dia . Hihi . Jom kita ke cerita seterusnya.
Seterusnya , kami sampai pagi tu , kami berhenti di Masjid Sultan Zainal Abidin dan kami bersiap-siap di sana . Ya Allah , cantik sungguh masjid dia . Ciptaannya mengagumkan pada pandangan mata dyra . Selepas tu , kami semua satu kelas bertolak pergi ke Jabatan Akauntan Negara di Putrajaya .
Sepanjang lawatan di Jabatan Akauntan Negara , kami semua kagum dengan keindahan pejabatnya . dewannya . Cantik sangat . Kami disambut dengan baik sekali . Kami kemudiannya diberi ceramah . Ceramah tu banyak memotivasikan kami semua . Memberi semangat kepada kami untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya . Selepas dengar ceramah tu , kami disediakan makanan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia tersebut . Layanan mereka best sangat .Terima kasih ya ! *kenyit mata* .
Selepas membuat lawatan ke Jabatan Akauntan Negara tersebut , kami singgah di KUD (Karnival Usahawan Desa) yang kebetulannya terletak berdekatan Jabatan tersebut . Selepas itu , kami semua memutuskan untuk relax-relax dan santai di Curve .*dah alang - alang kan ?* Sepanjang berada di Curve , dyra bukan shopping pun , dyra pun tak tahu nak beli apa . Hihi . Dyra makan dengan lepak - lepak je dengan geng dyra . Selepas habis tu , kami pun berkumpul untuk pulang ke tanah air . Oops ! bukan tanah air , pulang ke Pulau Pinang . *bajet pergi overseas pulak* . Hihi . Apa-apa pun memang best la pengalaman ni . Thanks kepada semua . Love you all .*muahh kiri kanan* .
Bosankan ? kan ? dengar dyra ni dok membebel je sorang-sorang . Untuk tak membosankan cerita ni , dyra sertakan gambar untuk tatapan readers-readers semua . Enjoy the picture .
Farah . Dyra . Ain
the craziest of us
yang mana satu idaman kalbu ? hihi*lalala*
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
budak account yang gila-gila
pose dari dyra dengan fatin
Accountancy Student of PSP
farah with dyra at The Curve