Follow Dashboard



my post history

A day at Penang Hill
Malang tidak berbau . Excident
Result Final Exam Semester 3
Lagu baru Syed Syamim - ABC i love you . Best ! Sw...
Trip Accounting Student to Putrajaya
Istiqamah :)
Konvoi Raya !! best !!
Erti Sahabat
Penang Street with my sayang
dikecewakan oleh cinta ? selalu sangat ..


Thanks Sweetie

Skin by: OhhAeen
Blog owner :Dyra Fazidi
Full Re-edit by :Dyra Fazidi




enjoy the song






A day at Penang Hill
Sunday, March 2 | 10:11 pm | 0 comments

                                                              A day at Penang Hill


Assalamulaikum readers  !
Apa khabar si cantek , si comei , si hensem  ni semua ? Lama jugakkan dyra tak berblogging . Bukannya ape , yelaa almaklumlah orang beranak  5 memang macamnie  . Hihihi . Takde la . Mana ada anak  5 . kahwin pun belum ,* bila dyra nak kahwin ? haa..nak tawu , kenalah tunggu nanti . InshaAllah .  Ada rezeki nanti . Doa-doakanlah ye . Bukannye ape , dyra nie ha busy je memanjang , mana nak ada masa . dengan praktikal lagi , dengan kerja part time lagi , kekadang  kesian jugak kat Encik Sayang dyra tu . dyra jarang spend time dgn dia . Maafkan dyra ye Encik Sayang . hihihi . tapi I promise nanti kita kuar ye ?*buat buka comel minta simpati* hihihi

Okay . daa . forget all that and back to the story . okay . Story ape nak cerita nie dyra ? ouhh . harini dyra nak cerita tentang  trip pergi  Bukit Bendera . Double Wow  . Macam tak best je . Macam tak best je . yelaaa tu . Siapakata tak best angkat tangan sikit ? meh sini meh nak cubit pipi yang tembam tu . hahahaha . bukan tak best  trip tu, best tau . Cuma tempatnya macam ringkas jela . kalau mai saja-saja nak dating ke , dengan family ke . Boleh la . Tapi yang pasti , kalau mai penang ni kalau tak pergi Bukit Bendera , orang kata tak sah la . Maksudnya  kena wajib pergi .
Second  things , about bukit bendera ni , kita akan menaiki ke tren untuk naik ke puncak bukit tu , sepanjang kita naik dengan tren tu , kita akan dapat lihat pemandangan di sepanjang Bukit Bendera tu , Antaranya , rumah-rumah orang yang menetap di atas tu , perhentian – perhentian bagi tren dan macam-macam  lagi lah . 

Lepas tu , sesampai di puncak Bukit Bendera , kita akan dapat lihat view satu penang . Memang cantik la wa cakap sama lu . hahaha . Dekat situ juga , terdapat macam-macam , antaranya boogie*entah betul ke ke tidak  dyra eja pun taktau * untuk kita pusing-pusing di atas puncak tu kalau kita malas nak berjalan . dekat atas situ , ada muzium burung hantu , dan juga boleh buat lakaran inai di tangan . Boleh tangkap gambar dengan haiwan-haiwan dan macam – macam aktiviti  lagi ada . Kalau pergi hujung minggu lagi ramai tau .

Dyra pergi sana dengan sape ye ? ha . dyra lupa nak bagitau , dyra pergi dengan mak dyra je . My only one . My sweetheart  . hihi . Mak dyra la ajak dyra pergi Bukit Bendera  . Almaklumlah , dyra cuti , mak pun cuti . Bukan kemain lagi la kami dua  . Dyra pun . Apelagi . on jelaa . kami dua je . kami posing sana . posing sini bergambar . hihi . jangan jeles ye anak-anak  . hihi.
Dekat sini , dyra sertakan gambar sekali untuk tatapan readers dyra , mana nak tawu , lepas abeh baca cerita dyra nie . teringin nak pergi . pergi la . tak rugi pun tau and welcome to penang

dan apa-apa info yang tahu mengenai Bukit Bendera boleh la tekan sini ye .

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

                                               muka happy penat jejalan kat Penang Hill


                                comel kan gambar ni ? ni la mak dyra . kami jejalan dua .


                                   mak dyra pun suka tangkap gambar tauu . hee . comelkan ?


dyra tengok ape tu ? dyra tengok beluncas kat daun . haha . takde la . saje je shoot gambar nie . suka background dia .


       Last sekali , ni la view train Bukit Bendera ni . Nak tengok lebih-lebih kena datang sini la ye .




Malang tidak berbau . Excident
Monday, January 6 | 11:33 am | 2 comments



Assalamualaikum .......
Apa khabar semua ? lama kan dyra tak buat entri ? kan ? kan ? *say yes please*  * buat muka comei* . Untuk entri kali ini , kelainan bagi entri ni dyra guna sebelah tangan je  , yang tangan sebelah lagi ni dyra gerakkan sikit - sikit je  . Dyra nak ceritakan pengalaman di mana dyra accident . huhu . Bak kata orang dedulu  , malang tak berbau . Sebab tu la kena hati - hati . Dyra nak tanya , korang pernah excident ? Kalau yang pernah tu mesti rasa dia sakit kan ? perit je rasa kan ? Tapi takpe , orang kata sakit tu dapat mengurangkan dosa-dosa kita . Okayy , bagi yang belum pernah excident tu Alhamdulillah . maknanya awok awok semua orang yang amat berhati - hati . tahniah  *tepuk tangan* . Dok bebel - bebel je , mana ceritanya ? Okayy . Next .

Dimulakan pada 3/12/2014  , cerita kejadian ini jadi semasa dyra naik motor dalam perjalanan nak balik ke rumah . Nasib baik sorang - sorang . Kalau bawak orang . Buat penaya  (menganiayai) anak orang je . Waktu dyra balik tu , hujan . Tapi tak la lebat sangat . Boleh - boleh la kira hujan dia . Rintik - rintik aje . Dyra macam  biasa la , gunakan laluan yang selalu dyra guna  , laluan moto area highway yang selalu tu . Tetiba dalam tengah hujan rintik  - rintik tu ,  macamana la dyra tersilap langkah ,  waktu tu orang depan brek mengejut . Dyra terkejut , terus dyra guna brek depan sampai melambung moto tu ke tepi dan terseret  moto tu .  Lagipun waktu tu jalan licin . Baru lepas hujan . Dyra pulak macamna keadaan waktu tu  ? dyra terpelanting ke tepi dan terguling ke tepi  abis kena lopak air tepi tu ditambah dengan rumput pasir masir semua ada . Nasib baik waktu tu orang belakang tak bawak laju . Kalau tidak , entah la . Taktau la ape nasib dyra .

Dalam masa tu dyra tersedar , yang dyra dah pun masuk ke dalam lecah tepi tu , nasib baik dyra tak terpelanting kena besi penghadang tepi tu  . Kalau tidak makin teruk keadaannya . Dyra kemudiannya dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak yang lalu di laluan motor tu . Waktu tu yang dyra rasa , muka dyra seperti disagat tar . Sakit ya Amat , hanya tuhan yang tahu .  Tangan dyra belah kiri pulak terasa macam tak boleh nak kepak pergelangan tangan . Sakit . Sakit . Sakit . Hanya itu yang bermain dalam minda dyra . Kaki dyra terasa perit tetapi tak seperit tangan .

Kemudiannya , dyra ambil motor dyra , dyra bawak gunakan sebelah tangan dengan baju kurung yang penuh dengan pasir dan lecah dyra balik ke rumah . Waktu tu , Alhamdulillah . Ada seorang hamba Allah yang dyra kenai   , temankankan dyra sampai simpang balik rumah . Waktu sampai rumah , mak abah terus bawak dyra pergi ke klinik .

Sesampai di klinik , doktor pun X ray tangan kiri ni . Kemudian doktor kata tangan dyra tulang terlari sedikit tu menyebabkan bengkak kat tangan dyra . Doktor pun balut , dan nasihatkan dyra rehat selama seminggu .  Kaki dyra terpahat luka-luka kecil . Tapi dyra ambil MC dua hari je , dyra takut MC lama - lama .  Tambah-tambah sekarang dyra tengah praktikal .

Mulai saat itu , dyra duduk rumah je . Rehat . Mak pun pesan , mak larang dyra naik motor pergi praktikal . Mak suruh naik bas , katanya lebih selamat .  Dyra ? terpaksa akur dengan kata-kata mama ku yang comei tu . Even dyra ada moto sendiri .

Mungkin ramai lagi orang yang excident lagi teruk dari dyra , dyra ni kira okay lagi . Kat luar tu ada yang sampai bertarung nyawa untuk hidup . Walau apapun , kita ni kena sentiasa berwaspada dan hati-hati , terutamanya yang naik kenderaan . Bukan motor saja , kereta ke , lori ke , semua berisiko untuk terlibat dalam kemalangan .

Insha Allah lepas ni dyra akan sentiasa berhati - hati .

Terima kasih .


Result Final Exam Semester 3
Thursday, November 21 | 6:34 pm | 1 comments






Asssalamualaikum...
Hai semua !! *lambai-lambai tangan* . Alhamdulillah . Harini post dyra mengenai result semester  3 dyra . Untuk semester 3 nie , dyra tiada yang gagal *buat muka happy* tapi pointer tu turun berbanding semester lepas*buat muka sedeh* , apa yang nak dyra ungkapkan ? dyra cuma nak ucapkan *tadah tangan* Alhamdulillah dengan result yang dyra dapat . Walaupun result semester 3 ni tak berapa cemerlang seperti semester lepas tapi Alhamdulillah . Walaupun tak mencapai target yang dyra nak , Alhamdulillah . Apa jua pun Alhamdulillah dengan result ni .

Walaupun sedeh dengan result nie*muka sedeh* ,  takpe . La tahzan .  Walaupun dyra jeles bila tengok kawan-kawan dyra yang lain dapat result macam yang depa target . dyra ? tak pe usaha lagi . Usaha lagi  dan usaha lagi . Go dyra yeahh !! kawan , family dan si dia juga beri kata-kata semangat untuk dyra cuba lagi semester depan . InsyaAllah , dyra akan buat yang lebih baik dan yang terbaik untuk semester yang akan datang .

Dyra ingat lagi kata mak dyra ,
mak dyra kata :
Kak , don't push yourself . kak dah buat yang terbaik yang kakak mampu . Apapun result yang kak dapat , mak terima . Mak cuma takmau kak gagal je . Lagipun , otak kita tak sama dengan orang lain . Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain . depa lain , kita lain  . Lagipun , kak dah buat yang mana kak mampu , mak tawu kak dah usaha dan buat yang terbaik dah . Takdapat 3.5 pun takpe , asalkan lulus elok pun mak dah bersyukur . Mak doakan yang terbaik untuk anak mak ni .

masih terngiang-ngiang mak kata macam tu kat dyra . Ya Allah ,  aku berterima kasih mempunyai seorang ibu yang baik dan supportive . sesungguhnya aku terlalu sayangkan ibu aku  Ya Allah .

bila mak dyra kata macam tu , start tu dyra dah semangat . Dyra start tak pikir dah pasal result-result ni , dyra makin tenang . Biar la , benda dah lepas . Life must go on , apapun keputusan stay chill and relax. hee . Bila kita kusut , minta nasihat ibu , InsyaAllah . nasihat ibu itu umpama penyembuh luka dalam hati . sebab ibu dapat memahami hati kita . dapat rasakan apa yang kita rasa . Sebab ibu kita adalah segalanya .

terima kasih mak .





Old things
o