Malang tidak berbau . Excident
Monday, January 6 | 11:33 am | 2 comments
Assalamualaikum .......
Apa khabar semua ? lama kan dyra tak buat entri ? kan ? kan ? *say yes please* * buat muka comei* . Untuk entri kali ini , kelainan bagi entri ni dyra guna sebelah tangan je , yang tangan sebelah lagi ni dyra gerakkan sikit - sikit je . Dyra nak ceritakan pengalaman di mana dyra accident . huhu . Bak kata orang dedulu , malang tak berbau . Sebab tu la kena hati - hati . Dyra nak tanya , korang pernah excident ? Kalau yang pernah tu mesti rasa dia sakit kan ? perit je rasa kan ? Tapi takpe , orang kata sakit tu dapat mengurangkan dosa-dosa kita . Okayy , bagi yang belum pernah excident tu Alhamdulillah . maknanya awok awok semua orang yang amat berhati - hati . tahniah *tepuk tangan* . Dok bebel - bebel je , mana ceritanya ? Okayy . Next .
Dimulakan pada 3/12/2014 , cerita kejadian ini jadi semasa dyra naik motor dalam perjalanan nak balik ke rumah . Nasib baik sorang - sorang . Kalau bawak orang . Buat penaya (menganiayai) anak orang je . Waktu dyra balik tu , hujan . Tapi tak la lebat sangat . Boleh - boleh la kira hujan dia . Rintik - rintik aje . Dyra macam biasa la , gunakan laluan yang selalu dyra guna , laluan moto area highway yang selalu tu . Tetiba dalam tengah hujan rintik - rintik tu , macamana la dyra tersilap langkah , waktu tu orang depan brek mengejut . Dyra terkejut , terus dyra guna brek depan sampai melambung moto tu ke tepi dan terseret moto tu . Lagipun waktu tu jalan licin . Baru lepas hujan . Dyra pulak macamna keadaan waktu tu ? dyra terpelanting ke tepi dan terguling ke tepi abis kena lopak air tepi tu ditambah dengan rumput pasir masir semua ada . Nasib baik waktu tu orang belakang tak bawak laju . Kalau tidak , entah la . Taktau la ape nasib dyra .
Dalam masa tu dyra tersedar , yang dyra dah pun masuk ke dalam lecah tepi tu , nasib baik dyra tak terpelanting kena besi penghadang tepi tu . Kalau tidak makin teruk keadaannya . Dyra kemudiannya dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak yang lalu di laluan motor tu . Waktu tu yang dyra rasa , muka dyra seperti disagat tar . Sakit ya Amat , hanya tuhan yang tahu . Tangan dyra belah kiri pulak terasa macam tak boleh nak kepak pergelangan tangan . Sakit . Sakit . Sakit . Hanya itu yang bermain dalam minda dyra . Kaki dyra terasa perit tetapi tak seperit tangan .
Kemudiannya , dyra ambil motor dyra , dyra bawak gunakan sebelah tangan dengan baju kurung yang penuh dengan pasir dan lecah dyra balik ke rumah . Waktu tu , Alhamdulillah . Ada seorang hamba Allah yang dyra kenai , temankankan dyra sampai simpang balik rumah . Waktu sampai rumah , mak abah terus bawak dyra pergi ke klinik .
Sesampai di klinik , doktor pun X ray tangan kiri ni . Kemudian doktor kata tangan dyra tulang terlari sedikit tu menyebabkan bengkak kat tangan dyra . Doktor pun balut , dan nasihatkan dyra rehat selama seminggu . Kaki dyra terpahat luka-luka kecil . Tapi dyra ambil MC dua hari je , dyra takut MC lama - lama . Tambah-tambah sekarang dyra tengah praktikal .
Mulai saat itu , dyra duduk rumah je . Rehat . Mak pun pesan , mak larang dyra naik motor pergi praktikal . Mak suruh naik bas , katanya lebih selamat . Dyra ? terpaksa akur dengan kata-kata mama ku yang comei tu . Even dyra ada moto sendiri .
Mungkin ramai lagi orang yang excident lagi teruk dari dyra , dyra ni kira okay lagi . Kat luar tu ada yang sampai bertarung nyawa untuk hidup . Walau apapun , kita ni kena sentiasa berwaspada dan hati-hati , terutamanya yang naik kenderaan . Bukan motor saja , kereta ke , lori ke , semua berisiko untuk terlibat dalam kemalangan .
Insha Allah lepas ni dyra akan sentiasa berhati - hati .
Terima kasih .